Welcome to my tiny blog~ have some time to look around and please feel free to leave your comments...!

Wednesday, January 1, 2014

Tudung Online Muslimah Terkini 2014

Assalamualaikum, sekarang sudahpun masuk tahun baru 2014. Tahun baru, jadi azam pun diperbaharui juga. Kalau azam yang lama belum terlaksana, maka azam itu akan dimasukkan dalam senarai azam tahun baru 2014. Kalau tahun lepas berazam untuk berubah menjadi seorang Muslimah yang menurut tuntutan syariat, maka berazamlah untuk menjadi seorang Mukminah pula, Insyaallah.

Sesetengah orang mungkin agak konservatif sedikit apabila menyebut tentang azam tahun baru, apatah lagi azam ini dikaitkan pula dengan kalendar matahari. Tak mengapalah. Azam adalah nawaitu kita. Bukan mestinya berazam itu dilakukan menjelang tahun baru, cuma barangkali tarikh tahun baru itu lebih mudah diingati dan lebih mudah pula diuruskan peringkat-peringkat pelaksanaan azam tersebut. Contohnya, jika ada yang ingin berhenti merokok, barangkali apabila dimulakan azam untuk berhenti tahun ini, maka bermula satu Januari 2014 mereka sudah perlahan-lahan berhenti merokok atau sekurang-kurangnya mengurangkan jumlah rokok yang dihisap dalam sehari. Sekiranya berjaya untuk berhenti tahun ini, maka sekurang-kurangnya dapatlah dijadikan contoh kepada orang lain dengan mengatakan seperti “Aku mula berhenti merokok daripada satu Januari 2014”.

Tahun lepas menyaksikan jumlah Muslimah yang semakin ramai berkunjung ke laman-laman web tudung untuk samada membeli tudung untuk diri sendiri atau adik-beradik, atau beli tudung untuk kawan-kawan atau sahabat karib, ada juga yang membelikan tudung terkini untuk ibu mereka, dan tak kurang juga mereka yang membeli tudung online untuk kekasih hati. Apa sekalipun niat saudara atau saudari membeli, hanya Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Berhak untuk mengadilinya nanti. Harapan saya semua niat tersebut baik-baik belaka dan mendatangkan manfaat kepada sesiapa sahaja.

Saya menjangkakan tahun 2014 ini bakal menjadi tahun yang jauh lebih meriah berbanding tahun yang sudah-sudah. Meriah di sini bermaksud lebih ramai umat Islam yang berusaha mencari jalan mendapatkan keredhaan Allah. Kalau dulu mungkin ada yang punya hasrat untuk berubah tetapi malu diejek teman-teman. Tapi sekarang bukan macam dulu. Sekarang kalau kita sebut ingin berubah kepada seseorang yang agak rapat dengan kita, Insyaallah kita akan mendapat maklum balas yang positif dan memberansangkan. Bukan satu perkara yang mustahil juga kita mendapati teman kita pun dalam situasi yang sama yakni ingin berubah. Alhamdulillah, aura perubahan semakin hangat dirasai di mana-mana sahaja di bumi yang bertuah lagi diberkahi Allah ini.

Jika anda seorang suami, saya doakan anda mempunyai kekuatan untuk membimbing keluarga tersayang anda ke jalan yang diredhai Allah s.w.t. Sejuk mata ini memandang sebuah keluarga terdiri daripada ibu, bapa, dan anak-anak berjalan di tengah kesibukan kotaraya tetapi pakaian dan tingkah laku menggambarkan ciri-ciri seorang yang beragama Islam. Senario ini kian lama kian lazim di kalangan orang melayu di Malaysia saat ini. Begitu juga apabila melihat kelompok-kelompok Muslimah yang berjalan ke sana dan ke mari dalam pakaian yang menutup aurat sekaligus manis dipandang.

Jika anda sebelum ini seorang yang suka meninggalkan komen yang buruk-buruk di laman orang lain ataupun komen-komen yang menggunakan bahasa yang kesat, saya doakan semoga anda diberi petunjuk dan kesedaran atas perbuatan-perbuatan yang jelas dilarang dalam agama itu. Semoga anda berubah dan Insyaallah selepas ini anda akan jadi lebih baik dan komen-komen anda pula mempunyai nilai dan nada yang positif.

Satu waktu dulu tudung labuh kurang mendapat sambutan berbanding tudung-tudung yang lain. Saya percaya sambutannya pada tahun ini semakin bertambah apatah lagi dengan kehadiran tudung-tudung labuh yang mempunyai kualiti yang baik samada dari segi warna, material, dan rekabentuknya. Saya doakan juga semoga kita semua lebih ke arah mendapatkan keredhaan Allah berbanding mendapatkan redha manusia. Tudung yang cantik dipandang orang lain tak mestinya menggambarkan niat si pemakai. Namun hati yang bersih dan ikhlas memakai tudung mampu mengubah personaliti si pemakai tudung.

Sekali lagi sebelum saya mengakhiri tulisan kali ini, saya doakan semoga tiap-tiap seorang daripada kita akan diberkati dan dirahmati Allah dalam apa jua urusan kita di dunia ini dan Insyaallah dengan hasil kerja dan amalan baik kita di dunia ini, Allah akan menghitungnya di akhirat nanti dan kita semua dimasukkan ke dalam Jannah yang dijanjikan. Amin.

No comments:

Post a Comment

Tudung Online Survey

The form below is optional for you to fill up as it is a survey we conduct in order to let us know what are your wants and needs. Please feel free to join the tudung survey.
Nickname:
Which celebrity looks more gorgeous with tudung? Wardina
Ekin
Fareeda
Erra
Waheeda
Diana Danielle
Fatin Liyana
Ayu Raudhah
Fouziah Gous
Ainan Tasneem
Nora Danish
Which Tudung Catalogue you like to have? Tudung Bawal
Tudung Ekin
Tudung Ariani
Tudung Dubai
Tudung Labuh
Selendang Pashmina
Tudung Radiusite
Your tudung size
Tell us what kind of tudung you prefer to wear
Your phone no (optional):
Email Address:

This contact form was created by Freedback.
Gagal Cari Tudung Yang Sesuai?
koleksi tudung bawal online paling menarik di Malaysia
Tudung Ekin?
koleksi tudung ekin paling sensasi
The Best Collection of Tudung for Modern Muslimah
the only tudung store that gives you the best beautiful hijab