Welcome to my tiny blog~ have some time to look around and please feel free to leave your comments...!

Tuesday, June 25, 2013

Hala Tuju Wanita Muslimah

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung laman web saya, Fashion Tudung Collection. Saya sebenarnya dah lama menulis di halaman ini sejak tahun 2009 lagi tetapi atas sebab-sebab peribadi saya terpaksa mengabaikannya buat sementara waktu sehinggalah tahun ini. Hakikatnya saya terperanjat apabila saya memeriksa bilangan pengunjung yang melawat tidak pernah berkurangan dari hari ke hari walaupun pada tahun-tahun yang lepas. Insyaallah, jika ada kelapangan saya akan terus menambah artikel di dalam ruangan yang tak seberapa ini buat tatapan semua.

Nama sebenar saya bukan Alisa. Ini adalah nama pena yang saya gunakan di ruangan blog ini. Saya tidak berhasrat untuk mendedahkan identiti saya melainkan jika ada keperluan yang mendesak. Contohnya, sekiranya saya bercadang untuk menawarkan koleksi tudung sebagai jualan, maka saya wajib mendedahkan nama sebenar saya untuk tujuan pengesahan dan mengelakkan berlakunya tuduhan menipu. Namun buat masa ini saya belum lagi punya rancangan untuk menjual produk saya sendiri. Mungkin satu hari nanti apabila saya sudah bersedia untuk memberikan komitmen 100% terhadap kerjaya menulis blog ini hehe.

Jom, kita mula berbicara serius sikit. Kali ini saya hendak mengajak pembaca semua merenung sejenak apakah hala tuju kita di dunia ini. Wah, ini mungkin topik yang agak berat kan? Okay, saya ingin bertanya kepada semua; apakah apa yang kita lakukan selama ini menepati apa yang kita kehendaki atau ingini? Apakah keinginan kita sebenarnya? Apa yang saya pasti, semua orang mengimpikan kehidupan yang sempurna; sempurna dalam ertikata seimbang dari segi harta, ilmu, kesihatan, dan juga kejayaan. Tidak ada orang di dunia ini yang mahu hidup susah. Tidak ada sesiapa yang minta atau berdoa untuk hidup susah atau hidup melarat. Malahan hakikatnya berdoa untuk kemudaratan diri sendiri adalah satu dosa di sisi agama. Kita dilarang memudaratkan diri sendiri dalam apa jua bentuk sekalipun.

Tidak ada sesiapa yang mahu hidup dalam kesakitan. Semua orang mahu hidup sihat walafiat. Tidak ada orang yang mahu ke klinik atau ke hospital setiap hari; kecualilah kalau anda doktor atau jururawat haha. Begitu juga dengan pendidikan. Sejak kita dilahirkan, memang fitrah seorang manusia itu sentiasa curiga dengan sesuatu dan mahu mengetahui segala benda yang berlaku di sekitarnya. Dari waktu kita bayi lagi, kita sudah mahu belajar untuk merangkak, berdiri, dan berjalan. Kita juga mahu mengenal semua orang yang berada di sekeliling kita. Kita belajar mengenal rasa sesuatu makanan atau minuman. Kita tidak pernah jemu untuk belajar sehinggalah kita masuk ke alam persekolahan. Kita belajar berkawan, kita belajar menjaga adab dan tatasusila kita, kita belajar untuk solat, berpuasa, dan kita juga belajar mengenal yang mana baik dan yang mana buruk. Kita belajar untuk bergaul dan bersosial.

Sayangnya ada banyak perkara atau halangan yang mempengaruhi kita belajar. Kita dengan mudah boleh terjerumus ke lembah kegelapan. Kita mudah terseleweng atau hanyut dengan apa yang kita pelajari. Bukan satu yang pelik apabila kita lihat ada orang yang sepanjang hidupnya menuntut ilmu agama akhirnya kecundang dan hanyut di jalan kemaksiatan.

Apakah sebenarnya yang menjadi punca penyelewengan sebegini? Di sinikah kita harus menyalahkan syaitan dan iblis?

Bukan. Jawapannya ialah nafsu. Nafsulah yang menggoda kita untuk lalai. Nafsu jugalah yang menggoda kita untuk hanyut dengan nikmat dunia. Benarkah nikmat dunia ini sebenarnya racun untuk umat Islam? Benarkah dunia ini penjara untuk umat Islam? Kita biasa dengar dengan ungkapan-ungkapan sebegini. Tidak. Dunia bukan penjara. Dunia juga bukan racun. Dunia ini sebenarnya adalah medan ujian buat kita. Di sinilah kita diuji. Di sini jugalah kita belajar mengenali siapa Pencipta kita. Dari Allah kita datang dan kepadaNya jugalah kita akan kembali.

Nafsu kita merupakan internal influence kita yang pertama dan hakikatnya yang paling sukar untuk dibendung kemaraannya. Nafsu itu hadir dalam bentuk keinginan kita, kemahuan kita, dan juga ketamakan kita. Fikirkanlah, kenapa ada orang yang bersolek berlebih-lebihan dan ada pula yang bersederhana dalam melakukannya? Kenapa kita berbelanja boros di bulan Ramadhan membeli persiapan berbuka puasa dan juga persiapan hari raya? Asalnya berbelanja di bulan Ramadhan yang mulia untuk membeli juadah berbuka puasa adalah harus. Tetapi apabila kita mula berlebihan sehingga menyebabkan pembaziran, maka hukumnya berubah menjadi haram yakni berdosa melakukannya. Begitu juga apabila membeli persiapan berhari raya. Asalnya harus membeli baju kurung baru apabila yang lama sudah koyak atau tidak sempurna lagi sifatnya tetapi apabila kita beli sehingga 7-8 pasang, bukankah itu berlebih-lebihan namanya?

Janganlah kita menuding jari kepada para peniaga. Peniaga memang mencari keuntungan dalam perniagaan. Bukan tugas peniaga untuk melarang anda membeli lebih daripada yang sepatutnya. Bukan tugas peniaga untuk bertanya kepada anda untuk siapa anda beli dengan banyak. Jika peniaga bertanya sekalipun, kita mungkin berdalih dan silap-silap bila berdalih boleh membawa pula kepada dosa berbohong.

Jangan salah faham. Saya tidak menilai anda atau menghukum anda. Jika anda ada sebab yang sangat munasabah, apa salahnya. Teruskan niat anda. Tetapi jika anda tidak ada sebab yang rasional dan lebih kepada menurut hawa nafsu anda, maka eloklah beristighfar dan menahan gelora nafsu membeli itu. Provokasi daripada peniaga dan cara marketing yang dijalankan memang menggiurkan kita. Tetapi tugas menghalang daripada menyembah nafsu itu adalah tugas kita.

Macam mana nak mengekang hawa nafsu kita ini?

Berpuasa sebenarnya adalah rantai besi yang sepatutnya menghalang ini daripada berlaku. Tetapi kita boleh mengambil langkah-langkah lain untuk mengawalnya. Bukankah matlamat sebenar dalam berpuasa ialah menahan diri daripada lapar dan dahaga dan juga daripada melakukan perkara-perkara yang mungkar? Jika itulah matlamatnya, maka bukankah menyediakan langkah-langkah mencegah itu juga merupakan satu jalan ke arah merealisasikan matlamat berpuasa itu?

Ada banyak yang boleh kita lakukan. Sebelum keluar dari rumah misalnya, bawa duit sekadar yang cukup untuk membeli juadah berbuka puasa. Kalau kita masih bujang dan tinggal bersendirian di rumah, rasanya RM10 pun lebih dari cukup. Tak perlulah bawa sampai RM50 ke bazar Ramadhan. Bukan saja kita beli kuih dari setiap gerai yang ada, bahkan mungkin kita akan beli barang-barang lain. “Tengok-tengok je…window shopping!” itulah ayat yang selalu digunakan. Tapi hakikatnya bak kata orang, “dari mata turun ke hati” haha. Bila benda bukan di depan mata, memanglah kita mampu menahan, tetapi apabila sudah di depan mata, macam mana? Apa lagi bila memang kita berkemampuan untuk membeli.

Sebenarnya apabila kita mampu menahan hawa nafsu kita, Insyaallah ia mampu juga melindungi kita daripada pujuk rayu musuh ketat kita. Bila kita mampu menahan hawa nafsu kita, juga lebih terurus dan lebih matang dalam mengawal kehidupan kita. Bila kehidupan terkawal, kita akan punya hala tuju yang jelas dalam hidup kita. Bila ada hala tuju yang jelas, Insyaallah kita punya masa depan yang cerah. Yang paling penting, kehidupan kita diredhai Allah s.w.t.

Sekian dulu coret-coret dan terima kasih sekali lagi kerana sudi mengunjungi web ini dan melayan celoteh saya. Ramadhan kian menjelang, dan andainya saya sibuk nanti dan tak sempat menulis artikel seterusnya, saya ucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan selamat berpuasa.

Salam mesra,
Alisa

No comments:

Post a Comment

Tudung Online Survey

The form below is optional for you to fill up as it is a survey we conduct in order to let us know what are your wants and needs. Please feel free to join the tudung survey.
Nickname:
Which celebrity looks more gorgeous with tudung? Wardina
Ekin
Fareeda
Erra
Waheeda
Diana Danielle
Fatin Liyana
Ayu Raudhah
Fouziah Gous
Ainan Tasneem
Nora Danish
Which Tudung Catalogue you like to have? Tudung Bawal
Tudung Ekin
Tudung Ariani
Tudung Dubai
Tudung Labuh
Selendang Pashmina
Tudung Radiusite
Your tudung size
Tell us what kind of tudung you prefer to wear
Your phone no (optional):
Email Address:

This contact form was created by Freedback.
Gagal Cari Tudung Yang Sesuai?
koleksi tudung bawal online paling menarik di Malaysia
Tudung Ekin?
koleksi tudung ekin paling sensasi
The Best Collection of Tudung for Modern Muslimah
the only tudung store that gives you the best beautiful hijab