Welcome to my tiny blog~ have some time to look around and please feel free to leave your comments...!

Monday, June 17, 2013

Tudung Terkini 2013

Hari ini 8 Syaaban 1434 bersamaan 17 Jun 2013. Ramadhan al-Mubarak kian menghampiri dalam tempoh beberapa minggu sahaja lagi yakni bulan di mana umat Islam menyambut cabaran menunaikan salah satu rukun Islam iaitu berpuasa Ramadhan selama 30 hari. Selain daripada menahan lapar dan dahaga, umat Islam yang berkemampuan juga diwajibkan membayar zakat fitrah. Kehadiran Ramadhan bukan bermaksud menahan nafsu kita hanya di bulan Ramadhan sahaja, bahkan sebenarnya ia adalah latihan untuk menyiapkan diri kita supaya mampu menahan nafsu di bulan-bulan yang lain. Antara cabaran yang terbesar di kalangan wanita khususnya di Malaysia ialah menahan diri daripada berbelanja boros membeli persiapan hari raya dan pastinya salah satu produk yang harus dibeli ialah pakaian hari raya termasuk tudung. Dengan wujudnya laman web tudung online besar atau kecil yang semakin hari semakin rancak, mengekang nafsu membeli tanpa batas kian menjadi satu kewajiban buat kita.

Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, wanita Muslimah di Malaysia khususnya amat sinonim dengan tudung dan hari ini pemakaian tudung bukan lagi sekadar satu tuntutan syariat, bahkan sudah menjadi fesyen terkini. Jika satu masa dulu tudung yang dijual di kedai-kedai tampak kusam dan dibuat dari material yang tidak sesuai dengan cuaca dan suhu di tanah air kita, kini kita dapat lihat berbagai fesyen tudung terkini yang dipamerkan di butik-butik tudung (ya, bukan lagi sekadar satu seksyen di butik pakaian). Tudung telah menjadi sebahagian daripada fesyen dalam berpakaian. Pada awalnya fesyen tudung terhad kepada penambahan manik-manik yang membentuk kerawang ataupun ditaburkan di sekitar tudung. Trend ini akhirnya berkembang dan lama-kelamaan fesyen tudung berubah kepada kepelbagaian dalam jenis tudung itu sendiri dan cara pemakaian tudung.

Sebagai contoh, jika disebut tudung pashmina, mungkin ramai di kalangan kita yang tidak sedar bahawa fesyen tudung pashmina sebenarnya berasal daripada negara India. Pashmina pada asalnya adalah selendang atau shawl yang dijahit tangan atau dikait. Kain pashmina itu sendiri dihasilkan daripada bulu kambing Pashmina yang biasanya digembala di kawasan pergunungan Himalaya terutama di Nepal, Pakistan dan Utara India. Apa yang menjadi trend sekarang ini ialah bukan tudung itu sendiri, tetapi lebih kepada cara tudung itu dipakai. Menghias sehelai selendang pashmina di atas kepala sehingga mampu menjadi tudung sekaligus menutup aurat bukan satu tugas yang mudah. Ada banyak video tutorial yang anda boleh lawati di Youtube tentang bagaimana memakai tudung style pashmina. Ada juga tutorial yang menggabungkan teknik pemakaian tudung pashmina dengan tudung jenis lain contohnya tudung bawal ataupun tudung ariani. Antaranya ialah video yang dimuatnaik oleh saudari Eizwanie Hanum. Anda boleh saksikan di sini.

Bagaimana pula dengan tudung syria? Tudung ini bersempena nama negara Syria dan jenis tudung sebegini juga sebenarnya agak popular di kalangan wanita Muslimah Malaysia. Ada juga di kalangan selebriti tanah air yang memakai tudung ala begini antaranya Fatin Liyana. Tutorial cara-cara pemakaian tudung Syria terutamanya ala Fatin Liyana boleh anda dapati di laman-laman tudung yang popular atau anda boleh terus ke laman video Youtube.  Gaya tudung Syria juga berasaskan selendang seperti tudung pashmina dan harus saya ingatkan di sini, bukan mudah untuk menggayakan fesyen tudung syria; oleh itu saya galakkan anda untuk membaca atau menonton video tutorial dan berlatih sehingga sempurna sebelum anda menggayakannya di luar rumah.

Di sini saya senaraikan beberapa tempat yang anda boleh lawati untuk rujukan:

Cara Pakai Tudung Syria Macam Fatin Liyana

Tips Pakai Tudung Versatile

Cara Pakai Shawl

Cara-cara Pakai Tudung Syria

Tutorial dan Tips Memakai Tudung Syria

Cara Pilih Tudung Mengikut Bentuk Muka Anda

Tips Memakai Tudung Syria

Cara Saya Pakai Anak Tudung Syria

Perlu saya ingatkan bahawa laman-laman web yang saya berikan di atas tidak bermakna saya bersetuju dengan cara mereka menggayakan tudung syria, tetapi lebih sebagai sumber rujukan untuk anda. Setelah menonton atau membaca tutorial yang diberikan, gayakan sepertimana yang mereka cadangkan dan setelah anda mahir, anda boleh mengubahsuai sendiri mengikut citarasa anda.

Selain daripada tudung shawl syria dan selendang pashmina, ada banyak lagi jenis tudung terkini yang berada di pasaran online dan juga di luar sana. Luangkan sedikit masa jika ada dengan mengunjungi butik tudung di luar sana, selain daripada dapat mencuci mata, anda juga boleh bertemu dengan wanita muslimah lain di luar sana dan mungkin jika berkesempatan, anda dapat berkenalan dengan mereka dan dapat saling berkongsi teknik pemakaian tudung dan sebagainya. Ramai sebenarnya di kalangan kita yang berbakat dan kreatif dalam menggayakan tudung dan selalunya mereka tidak lokek berkongsi ilmu. Tak luak walau sedikitpun apabila kita berkongsi cerita dan kebolehan kita kan?

Jika kita rujuk kepada fesyen tudung online terkini 2013, kita akan dapat lihat betapa meriahnya dunia tudung hari ini. Saya pasti wanita Islam di Malaysia tidak sama sekali mengutamakan fesyen dalam bertudung. Bagi kita, menyahut tuntutan syariat itu adalah satu kewajiban dan itulah matlamat kita yang sebenarnya. Usah didengar pendapat sesetengah orang yang hanya pandai berkata-kata dan mencemuh kita walhal mereka tidak pernah punya inisiatif untuk memberikan alternatif apabila mereka mengatakan sesuatu itu salah dan sebagainya. Ingatlah sentiasa, fesyen dalam bertudung jatuh sebagai pilihan kedua apabila memilih tudung manakala tujuan asal bertudung itu adalah matlamat kita yang utama.

Sebagai penutup kata, sekiranya anda berminat dengan fesyen tudung labuh, anda boleh lawati post saya sebelum ini iaitu Gedung Tudung Labuh Online Terbesar. Jika anda adalah pemilik blog atau website yang berkaitan dengan tudung dan berminat menyenaraikan pautan laman anda di blog saya, sila nyatakan di bahagian komen di bawah dan saya akan meletakkan di tempat yang bersesuaian.

No comments:

Post a Comment

Tudung Online Survey

The form below is optional for you to fill up as it is a survey we conduct in order to let us know what are your wants and needs. Please feel free to join the tudung survey.
Nickname:
Which celebrity looks more gorgeous with tudung? Wardina
Ekin
Fareeda
Erra
Waheeda
Diana Danielle
Fatin Liyana
Ayu Raudhah
Fouziah Gous
Ainan Tasneem
Nora Danish
Which Tudung Catalogue you like to have? Tudung Bawal
Tudung Ekin
Tudung Ariani
Tudung Dubai
Tudung Labuh
Selendang Pashmina
Tudung Radiusite
Your tudung size
Tell us what kind of tudung you prefer to wear
Your phone no (optional):
Email Address:

This contact form was created by Freedback.
Gagal Cari Tudung Yang Sesuai?
koleksi tudung bawal online paling menarik di Malaysia
Tudung Ekin?
koleksi tudung ekin paling sensasi
The Best Collection of Tudung for Modern Muslimah
the only tudung store that gives you the best beautiful hijab