Welcome to my tiny blog~ have some time to look around and please feel free to leave your comments...!

Tuesday, June 25, 2013

Hala Tuju Wanita Muslimah

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung laman web saya, Fashion Tudung Collection. Saya sebenarnya dah lama menulis di halaman ini sejak tahun 2009 lagi tetapi atas sebab-sebab peribadi saya terpaksa mengabaikannya buat sementara waktu sehinggalah tahun ini. Hakikatnya saya terperanjat apabila saya memeriksa bilangan pengunjung yang melawat tidak pernah berkurangan dari hari ke hari walaupun pada tahun-tahun yang lepas. Insyaallah, jika ada kelapangan saya akan terus menambah artikel di dalam ruangan yang tak seberapa ini buat tatapan semua.

Nama sebenar saya bukan Alisa. Ini adalah nama pena yang saya gunakan di ruangan blog ini. Saya tidak berhasrat untuk mendedahkan identiti saya melainkan jika ada keperluan yang mendesak. Contohnya, sekiranya saya bercadang untuk menawarkan koleksi tudung sebagai jualan, maka saya wajib mendedahkan nama sebenar saya untuk tujuan pengesahan dan mengelakkan berlakunya tuduhan menipu. Namun buat masa ini saya belum lagi punya rancangan untuk menjual produk saya sendiri. Mungkin satu hari nanti apabila saya sudah bersedia untuk memberikan komitmen 100% terhadap kerjaya menulis blog ini hehe.

Jom, kita mula berbicara serius sikit. Kali ini saya hendak mengajak pembaca semua merenung sejenak apakah hala tuju kita di dunia ini. Wah, ini mungkin topik yang agak berat kan? Okay, saya ingin bertanya kepada semua; apakah apa yang kita lakukan selama ini menepati apa yang kita kehendaki atau ingini? Apakah keinginan kita sebenarnya? Apa yang saya pasti, semua orang mengimpikan kehidupan yang sempurna; sempurna dalam ertikata seimbang dari segi harta, ilmu, kesihatan, dan juga kejayaan. Tidak ada orang di dunia ini yang mahu hidup susah. Tidak ada sesiapa yang minta atau berdoa untuk hidup susah atau hidup melarat. Malahan hakikatnya berdoa untuk kemudaratan diri sendiri adalah satu dosa di sisi agama. Kita dilarang memudaratkan diri sendiri dalam apa jua bentuk sekalipun.

Tidak ada sesiapa yang mahu hidup dalam kesakitan. Semua orang mahu hidup sihat walafiat. Tidak ada orang yang mahu ke klinik atau ke hospital setiap hari; kecualilah kalau anda doktor atau jururawat haha. Begitu juga dengan pendidikan. Sejak kita dilahirkan, memang fitrah seorang manusia itu sentiasa curiga dengan sesuatu dan mahu mengetahui segala benda yang berlaku di sekitarnya. Dari waktu kita bayi lagi, kita sudah mahu belajar untuk merangkak, berdiri, dan berjalan. Kita juga mahu mengenal semua orang yang berada di sekeliling kita. Kita belajar mengenal rasa sesuatu makanan atau minuman. Kita tidak pernah jemu untuk belajar sehinggalah kita masuk ke alam persekolahan. Kita belajar berkawan, kita belajar menjaga adab dan tatasusila kita, kita belajar untuk solat, berpuasa, dan kita juga belajar mengenal yang mana baik dan yang mana buruk. Kita belajar untuk bergaul dan bersosial.

Sayangnya ada banyak perkara atau halangan yang mempengaruhi kita belajar. Kita dengan mudah boleh terjerumus ke lembah kegelapan. Kita mudah terseleweng atau hanyut dengan apa yang kita pelajari. Bukan satu yang pelik apabila kita lihat ada orang yang sepanjang hidupnya menuntut ilmu agama akhirnya kecundang dan hanyut di jalan kemaksiatan.

Apakah sebenarnya yang menjadi punca penyelewengan sebegini? Di sinikah kita harus menyalahkan syaitan dan iblis?

Bukan. Jawapannya ialah nafsu. Nafsulah yang menggoda kita untuk lalai. Nafsu jugalah yang menggoda kita untuk hanyut dengan nikmat dunia. Benarkah nikmat dunia ini sebenarnya racun untuk umat Islam? Benarkah dunia ini penjara untuk umat Islam? Kita biasa dengar dengan ungkapan-ungkapan sebegini. Tidak. Dunia bukan penjara. Dunia juga bukan racun. Dunia ini sebenarnya adalah medan ujian buat kita. Di sinilah kita diuji. Di sini jugalah kita belajar mengenali siapa Pencipta kita. Dari Allah kita datang dan kepadaNya jugalah kita akan kembali.

Nafsu kita merupakan internal influence kita yang pertama dan hakikatnya yang paling sukar untuk dibendung kemaraannya. Nafsu itu hadir dalam bentuk keinginan kita, kemahuan kita, dan juga ketamakan kita. Fikirkanlah, kenapa ada orang yang bersolek berlebih-lebihan dan ada pula yang bersederhana dalam melakukannya? Kenapa kita berbelanja boros di bulan Ramadhan membeli persiapan berbuka puasa dan juga persiapan hari raya? Asalnya berbelanja di bulan Ramadhan yang mulia untuk membeli juadah berbuka puasa adalah harus. Tetapi apabila kita mula berlebihan sehingga menyebabkan pembaziran, maka hukumnya berubah menjadi haram yakni berdosa melakukannya. Begitu juga apabila membeli persiapan berhari raya. Asalnya harus membeli baju kurung baru apabila yang lama sudah koyak atau tidak sempurna lagi sifatnya tetapi apabila kita beli sehingga 7-8 pasang, bukankah itu berlebih-lebihan namanya?

Janganlah kita menuding jari kepada para peniaga. Peniaga memang mencari keuntungan dalam perniagaan. Bukan tugas peniaga untuk melarang anda membeli lebih daripada yang sepatutnya. Bukan tugas peniaga untuk bertanya kepada anda untuk siapa anda beli dengan banyak. Jika peniaga bertanya sekalipun, kita mungkin berdalih dan silap-silap bila berdalih boleh membawa pula kepada dosa berbohong.

Jangan salah faham. Saya tidak menilai anda atau menghukum anda. Jika anda ada sebab yang sangat munasabah, apa salahnya. Teruskan niat anda. Tetapi jika anda tidak ada sebab yang rasional dan lebih kepada menurut hawa nafsu anda, maka eloklah beristighfar dan menahan gelora nafsu membeli itu. Provokasi daripada peniaga dan cara marketing yang dijalankan memang menggiurkan kita. Tetapi tugas menghalang daripada menyembah nafsu itu adalah tugas kita.

Macam mana nak mengekang hawa nafsu kita ini?

Berpuasa sebenarnya adalah rantai besi yang sepatutnya menghalang ini daripada berlaku. Tetapi kita boleh mengambil langkah-langkah lain untuk mengawalnya. Bukankah matlamat sebenar dalam berpuasa ialah menahan diri daripada lapar dan dahaga dan juga daripada melakukan perkara-perkara yang mungkar? Jika itulah matlamatnya, maka bukankah menyediakan langkah-langkah mencegah itu juga merupakan satu jalan ke arah merealisasikan matlamat berpuasa itu?

Ada banyak yang boleh kita lakukan. Sebelum keluar dari rumah misalnya, bawa duit sekadar yang cukup untuk membeli juadah berbuka puasa. Kalau kita masih bujang dan tinggal bersendirian di rumah, rasanya RM10 pun lebih dari cukup. Tak perlulah bawa sampai RM50 ke bazar Ramadhan. Bukan saja kita beli kuih dari setiap gerai yang ada, bahkan mungkin kita akan beli barang-barang lain. “Tengok-tengok je…window shopping!” itulah ayat yang selalu digunakan. Tapi hakikatnya bak kata orang, “dari mata turun ke hati” haha. Bila benda bukan di depan mata, memanglah kita mampu menahan, tetapi apabila sudah di depan mata, macam mana? Apa lagi bila memang kita berkemampuan untuk membeli.

Sebenarnya apabila kita mampu menahan hawa nafsu kita, Insyaallah ia mampu juga melindungi kita daripada pujuk rayu musuh ketat kita. Bila kita mampu menahan hawa nafsu kita, juga lebih terurus dan lebih matang dalam mengawal kehidupan kita. Bila kehidupan terkawal, kita akan punya hala tuju yang jelas dalam hidup kita. Bila ada hala tuju yang jelas, Insyaallah kita punya masa depan yang cerah. Yang paling penting, kehidupan kita diredhai Allah s.w.t.

Sekian dulu coret-coret dan terima kasih sekali lagi kerana sudi mengunjungi web ini dan melayan celoteh saya. Ramadhan kian menjelang, dan andainya saya sibuk nanti dan tak sempat menulis artikel seterusnya, saya ucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan selamat berpuasa.

Salam mesra,
Alisa

Wednesday, June 19, 2013

Cara Pakai Tudung

Bukan lagi satu masalah kepada orang bukan Islam di Malaysia hari ini apabila melihat wanita Muslimah bertudung atau berjilbab. Alhamdulillah, berkat usaha gigih pendakwah Islam dalam mengembangkan syariat Islam secara berhikmah, baik secara langsung atau tidak langsung, orang bukan Islam tidak lagi hairan atau pelik melihat penampilan para Muslimah kita. Bahkan semakin hari wanita Muslimah Malaysia semakin anggun dan tampak semakin sopan; apalagi dengan pelbagai cara tudung itu dipakai dan digayakan. Sungguhpun penampilan seseorang itu bukanlah melambangkan peribadinya secara total, hakikatnya sesiapa pun akan merasa senang dan sejuk mata memandang kekemasan dan kesopanan pakaian lahiriah seseorang. Sentiasa harus kita ingat yang selalunya tanggapan pertama itu kekal selamanya :) .

 Kehadiran dunia internet terutamanya jaringan sosial membawa satu rahmat apabila dilihat dari sudut manfaatnya kepada umat Islam. Facebook, laman sosial yang semakin hari semakin menjadi keperluan sosial kini mampu menjadi medium untuk umat Islam merapatkan silaturrahim. Wanita muslimah juga tidak ketinggalan malahan berani saya katakan yang golongan wanita mendominasi dunia media sosial. Selain berkongsi cerita dan kisah seharian mereka, ada juga yang mengambil inisiatif untuk merakamkan video-video tutorial di laman Youtube untuk memberi tunjuk ajar dalam menggayakan pemakaian tudung. Bagi saya ini adalah perkembangan yang baik dan memang saya galakkan. Walau bagaimanapun, amat perlu untuk sesiapa yang ingin berbuat demikian senantiasa menjaga tatasusila dan adab seorang wanita muslimah kerana wajah anda akan terpamer dan dilihat oleh ramai orang yang tidak dikenali.

Di sini saya ingin berkongsi beberapa video dan tutorial cara pakai tudung yang saya temui di internet samada di laman youtube ataupun di blog- blog peribadi wanita muslimah. Jika anda rasa anda ada terjumpa di mana-mana video yang tidak disenaraikan di sini tetapi anda rasa menarik untuk dikongsi, saya alu-alukan anda meletakkan komen anda beserta link ke video atau blog tersebut. Insyaallah saya akan luluskan untuk tatapan pembaca.

Cara Pakai Tudung Half Moon oleh Nabila Fieza

Cara pakai selendang glamour oleh Padieka

Cara Pakai Selendang gaya Fouziah Gous oleh Gadis Pashmina

5 Cara Pakai Tudung Bawal oleh Missgamophobia

Cara pakai selendang gaya Diana Amir oleh imasahaja

Cara pakai tudung bawal oleh Missmio Akiyama

Cara pakai selendang oleh Siti Suhaila 

Cara pakai selendang kuci-kuci oleh Love Bunga Querida

Cara pakai tudung rose cotton oleh 4551rose

Cara-cara pakai shawl terbaru oleh deadsuicide88

Cara Pakai Shawl 2 Warna oleh YanMiya

Cara pakai selendang terkini gaya Diana amir oleh Gadis Pashmina

Cara pakai selendang gaya Fatin Liyana oleh Gadis Pashmina

Cara pakai tudung terkini gaya Ainan Tasneem oleh Gadis Pashmina

Cara memakai messy style shawl oleh owner butik alisya

Cara pakai tudung Hana Tajima oleh Gadis Pashmina - Part 1

Cara Pakai Tudung Hana Tajima oleh Gadis Pashmina - Part 2

Cara Pakai Tudung Hana Tajima oleh Gadis Pashmina - Part 3

Cara Pakai Pashmina gaya Hana Tajima oleh Gadis Pashmina

Cara pakai selendang gaya hana tajima oleh Gadis Pashmina 

Cara pakai tudung jenis shawl atau selendang yang mudah oleh Nabila Fieza

Cara Pakai Shawl kaseh oleh cantikhijabku

Tutorial 3 cara pakai shawl half moon oleh Zoey Zauyah 

Cara pakai Shawl Roses by Jelita Sara

Cara pakai pashmina oleh Colourful Collections

Cara pakai selendang oleh Hazanis

Cara pakai selendang terkini gaya Ayu Raudhah oleh Gadis Pashmina

Cara pakai tudung bawal mudah dan pantas oleh TV Ilmu

Cara pakai tudung terkini oleh at181 kuantan

Cara pakai selendang terkini oleh Hanna Nor

Cara pakai selendang terkini gaya Nora Danish oleh Gadis Pashmiina

Cara pakai shawl ala arab oleh Top Muslimahs

3 cara pakai tudung pashmina silang oleh Miss Honey Rose89

Tutorial cara pakai tudung atau shawl pashmina labuh menutupi dada oleh Zoey Zauyah

Cara pakai tudung labuh gaya Heliza Helmi oleh Gadis Pashmina

Cara Pakai Tudung Lynda Roslan 1 oleh Radiusite

Cara Pakai Tudung oleh Radiusite

Seperti yang saya katakan sebelum senarai ini tadi, sekiranya anda ingin berkongsi teknik menggayakan tudung atau selendang ataupun shawl, sila tinggalkan komen anda beserta link ke website atau video tutorial berkenaan di bawah dan Insyaallah saya akan kongsikan bersama pembaca blog ini.

Semoga saudara dan saudari dirahmati Allah, Insyaallah.

Monday, June 17, 2013

Tudung Terkini 2013

Hari ini 8 Syaaban 1434 bersamaan 17 Jun 2013. Ramadhan al-Mubarak kian menghampiri dalam tempoh beberapa minggu sahaja lagi yakni bulan di mana umat Islam menyambut cabaran menunaikan salah satu rukun Islam iaitu berpuasa Ramadhan selama 30 hari. Selain daripada menahan lapar dan dahaga, umat Islam yang berkemampuan juga diwajibkan membayar zakat fitrah. Kehadiran Ramadhan bukan bermaksud menahan nafsu kita hanya di bulan Ramadhan sahaja, bahkan sebenarnya ia adalah latihan untuk menyiapkan diri kita supaya mampu menahan nafsu di bulan-bulan yang lain. Antara cabaran yang terbesar di kalangan wanita khususnya di Malaysia ialah menahan diri daripada berbelanja boros membeli persiapan hari raya dan pastinya salah satu produk yang harus dibeli ialah pakaian hari raya termasuk tudung. Dengan wujudnya laman web tudung online besar atau kecil yang semakin hari semakin rancak, mengekang nafsu membeli tanpa batas kian menjadi satu kewajiban buat kita.

Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, wanita Muslimah di Malaysia khususnya amat sinonim dengan tudung dan hari ini pemakaian tudung bukan lagi sekadar satu tuntutan syariat, bahkan sudah menjadi fesyen terkini. Jika satu masa dulu tudung yang dijual di kedai-kedai tampak kusam dan dibuat dari material yang tidak sesuai dengan cuaca dan suhu di tanah air kita, kini kita dapat lihat berbagai fesyen tudung terkini yang dipamerkan di butik-butik tudung (ya, bukan lagi sekadar satu seksyen di butik pakaian). Tudung telah menjadi sebahagian daripada fesyen dalam berpakaian. Pada awalnya fesyen tudung terhad kepada penambahan manik-manik yang membentuk kerawang ataupun ditaburkan di sekitar tudung. Trend ini akhirnya berkembang dan lama-kelamaan fesyen tudung berubah kepada kepelbagaian dalam jenis tudung itu sendiri dan cara pemakaian tudung.

Sebagai contoh, jika disebut tudung pashmina, mungkin ramai di kalangan kita yang tidak sedar bahawa fesyen tudung pashmina sebenarnya berasal daripada negara India. Pashmina pada asalnya adalah selendang atau shawl yang dijahit tangan atau dikait. Kain pashmina itu sendiri dihasilkan daripada bulu kambing Pashmina yang biasanya digembala di kawasan pergunungan Himalaya terutama di Nepal, Pakistan dan Utara India. Apa yang menjadi trend sekarang ini ialah bukan tudung itu sendiri, tetapi lebih kepada cara tudung itu dipakai. Menghias sehelai selendang pashmina di atas kepala sehingga mampu menjadi tudung sekaligus menutup aurat bukan satu tugas yang mudah. Ada banyak video tutorial yang anda boleh lawati di Youtube tentang bagaimana memakai tudung style pashmina. Ada juga tutorial yang menggabungkan teknik pemakaian tudung pashmina dengan tudung jenis lain contohnya tudung bawal ataupun tudung ariani. Antaranya ialah video yang dimuatnaik oleh saudari Eizwanie Hanum. Anda boleh saksikan di sini.

Bagaimana pula dengan tudung syria? Tudung ini bersempena nama negara Syria dan jenis tudung sebegini juga sebenarnya agak popular di kalangan wanita Muslimah Malaysia. Ada juga di kalangan selebriti tanah air yang memakai tudung ala begini antaranya Fatin Liyana. Tutorial cara-cara pemakaian tudung Syria terutamanya ala Fatin Liyana boleh anda dapati di laman-laman tudung yang popular atau anda boleh terus ke laman video Youtube.  Gaya tudung Syria juga berasaskan selendang seperti tudung pashmina dan harus saya ingatkan di sini, bukan mudah untuk menggayakan fesyen tudung syria; oleh itu saya galakkan anda untuk membaca atau menonton video tutorial dan berlatih sehingga sempurna sebelum anda menggayakannya di luar rumah.

Di sini saya senaraikan beberapa tempat yang anda boleh lawati untuk rujukan:

Cara Pakai Tudung Syria Macam Fatin Liyana

Tips Pakai Tudung Versatile

Cara Pakai Shawl

Cara-cara Pakai Tudung Syria

Tutorial dan Tips Memakai Tudung Syria

Cara Pilih Tudung Mengikut Bentuk Muka Anda

Tips Memakai Tudung Syria

Cara Saya Pakai Anak Tudung Syria

Perlu saya ingatkan bahawa laman-laman web yang saya berikan di atas tidak bermakna saya bersetuju dengan cara mereka menggayakan tudung syria, tetapi lebih sebagai sumber rujukan untuk anda. Setelah menonton atau membaca tutorial yang diberikan, gayakan sepertimana yang mereka cadangkan dan setelah anda mahir, anda boleh mengubahsuai sendiri mengikut citarasa anda.

Selain daripada tudung shawl syria dan selendang pashmina, ada banyak lagi jenis tudung terkini yang berada di pasaran online dan juga di luar sana. Luangkan sedikit masa jika ada dengan mengunjungi butik tudung di luar sana, selain daripada dapat mencuci mata, anda juga boleh bertemu dengan wanita muslimah lain di luar sana dan mungkin jika berkesempatan, anda dapat berkenalan dengan mereka dan dapat saling berkongsi teknik pemakaian tudung dan sebagainya. Ramai sebenarnya di kalangan kita yang berbakat dan kreatif dalam menggayakan tudung dan selalunya mereka tidak lokek berkongsi ilmu. Tak luak walau sedikitpun apabila kita berkongsi cerita dan kebolehan kita kan?

Jika kita rujuk kepada fesyen tudung online terkini 2013, kita akan dapat lihat betapa meriahnya dunia tudung hari ini. Saya pasti wanita Islam di Malaysia tidak sama sekali mengutamakan fesyen dalam bertudung. Bagi kita, menyahut tuntutan syariat itu adalah satu kewajiban dan itulah matlamat kita yang sebenarnya. Usah didengar pendapat sesetengah orang yang hanya pandai berkata-kata dan mencemuh kita walhal mereka tidak pernah punya inisiatif untuk memberikan alternatif apabila mereka mengatakan sesuatu itu salah dan sebagainya. Ingatlah sentiasa, fesyen dalam bertudung jatuh sebagai pilihan kedua apabila memilih tudung manakala tujuan asal bertudung itu adalah matlamat kita yang utama.

Sebagai penutup kata, sekiranya anda berminat dengan fesyen tudung labuh, anda boleh lawati post saya sebelum ini iaitu Gedung Tudung Labuh Online Terbesar. Jika anda adalah pemilik blog atau website yang berkaitan dengan tudung dan berminat menyenaraikan pautan laman anda di blog saya, sila nyatakan di bahagian komen di bawah dan saya akan meletakkan di tempat yang bersesuaian.

Gedung Tudung Labuh Online Terbesar

Jika suatu waktu dulu pemakaian tudung merupakan tuntutan syariat, hari ini Alhamdulillah kita lihat wanita Islam di Malaysia khususnya sudah ramai yang bertudung dan pemakaiannya bukan sekadar lagi memenuhi tuntutan tersebut, tetapi ia kini menjadi salah satu fesyen untuk wanita. Kita dapat lihat banyak gedung perniagaan tudung muncul di mana-mana bahkan kini wanita Islam mampu untuk membeli-belah tudung kegemaran mereka secara online. Saya merasakan senario ini sangat baik kerana secara tidak langsung ia menggalakkan muslimah kita untuk sentiasa memelihara tuntutan menutup aurat.

Adakah ini satu petanda yang baik? Ada pendapat yang mengatakan ini adalah sesuatu yang baik; tidak sukakah kita melihat wanita Islam kita kelihatan manis bertudung sekaligus memelihara tuntutan menutup aurat? Islam adalah ugama yang mudah malahan islam adalah agama di sisi Allah. Wanita solehah itu tugasnya memelihara kesopanan dan tatasusilanya sebagai seorang mukminah. Harus juga saya ingatkan bahawa tuntutan menutup aurat dan memeliharanya daripada pandangan orang asing bukan sekadar tugas seorang wanita; lelaki juga wajib menutup aurat dan wajib juga bagi seorang lelaki untuk memelihara martabat wanita. Islam adalah agama yang pertama diturunkan untuk menentang diskriminasi terhadap golongan wanita dan tanggungjawab melindungi dan memelihara kesucian muslimah wanita diletakkan di bahu lelaki. Dengan kata lain, andai kata seorang muslim lelaki melihat seorang wanita muslimah terbuka auratnya, wajiblah ke atasnya memelihara pandangannya dan sedaya upaya pula melindungi wanita tersebut daripada kelihatan kepada pandangan umum. Sebagai contoh, jika terbuka aurat wanita muslimah yang dalam keadaan sakit tidak sedarkan diri, lelaki wajib menutupi aurat wanita tersebut dari pandangan umum.

Dalam keghairahan kita berfesyen dalam bertudung, saya menyeru agar kita tidak berlebih-lebihan dan tidak pula melampaui batas. Nisbah terbaik dalam memilih tudung, pada pendapat saya, ialah 80% syariah dan selebihnya fesyen. Peratusan yang saya berikan itu bukan bermaksud hanya memilih untuk memenuhi 80% daripada tuntutan syariat, tetapi lebih bermaksud sebagai garis panduan apabila saudari hendak membeli satu-satu jenis tudung. Utamakanlah tudung yang menepati kehendak syariat yakni tujuan asal bertudung atau berhijab; menutup aurat. Fesyen dan gaya adalah faktor kedua dalam memilih tudung; jika ada fesyen yang berkenan, pilihlah tudung tersebut, tetapi jika tiada, jangan jadikan ia sebagai alasan untuk memilih tudung yang tidak memenuhi tuntutan syariat.

Sekiranya tudung yang saudari lihat tidak mampu menutupi sebahagian daripada aurat saudari, malahan tidak sampai menutup bahagian dada yakni bahagian yang secara umumnya ‘seksi’ dan mampu menggiurkan lelaki, haruslah saudari ketepikan daripada pilihan. Jenis kain juga penting dalam pemilihan tudung; carilah yang bersesuaian dengan cuaca dan tidak sampai merimaskan atau menyebabkan rasa tidak selesa kepada saudari.  Jika saudari lebih banyak menghabiskan masa di pejabat berhawa dingin, dan jarang keluar dari pejabat, maka mungkin saudari boleh memilih tudung yang agak tebal sedikit. Pilihlah tudung yang nipis sedikit tetapi tidak jarang (transparent) sampai memperlihatkan bentuk tubuh sekiranya saudari lebih banyak menghabiskan masa di luar.

Di mana agaknya tempat yang sesuai untuk saya membeli tudung labuh berfesyen secara online?

Inspirasi Hana merupakan salah sebuah gedung tudung labuh online yang menawarkan koleksi pilihan tudung labuh. Ada pelbagai jenis tudung yang disediakan di laman web inspirasi hana; antaranya tudung chiffon mawwadah, lycra pelangi, denim viscose kirana, tudung labuh denim ameera, dan bermacam jenis tudung lagi. Tudung yang disediakan di gedung inspirasi hana ini datang dalam berbagai bentuk dan saiz; jadi ia sesuai untuk wanita muslimah dewasa dan juga kanak-kanak.

Inspirasi Hana telah berada online agak lama, dan selain menawarkan pembelian tudung online, Inspirasi Hana juga mempunyai butik di Greentown, Ipoh, Perak. Laman web inspirasi hana menyediakan panduan bagaimana untuk membeli tudung di Inspirasi Hana dan turut menyenaraikan pilihan warna tudung. Bagaimana membeli tudung di Inspirasi Hana? Alhamdulillah, gedung tudung online ini menyediakan kemudahan membeli melalui pemindahan amaun bank (bank transfer) ke dalam akaun inspirasi hana dan juga melalui PayPal bagi sesiapa yang punya kad kredit. Inspirasi Hana akan menghantar pembelian anda menggunakan courier dalam jangkamasa 24 jam waktu bekerja selepas pembelian disahkan manakala 3 hari bekerja untuk pembelian daripada Sabah dan Sarawak.

Inspirasi Hana diperkenalkan dalam rancangan Salam Muslim bersama pengacara manis Catriona Ross di Astro Oasis pada 17 Jun 2013 jam 7.30 malam.

Tudung Online Survey

The form below is optional for you to fill up as it is a survey we conduct in order to let us know what are your wants and needs. Please feel free to join the tudung survey.
Nickname:
Which celebrity looks more gorgeous with tudung? Wardina
Ekin
Fareeda
Erra
Waheeda
Diana Danielle
Fatin Liyana
Ayu Raudhah
Fouziah Gous
Ainan Tasneem
Nora Danish
Which Tudung Catalogue you like to have? Tudung Bawal
Tudung Ekin
Tudung Ariani
Tudung Dubai
Tudung Labuh
Selendang Pashmina
Tudung Radiusite
Your tudung size
Tell us what kind of tudung you prefer to wear
Your phone no (optional):
Email Address:

This contact form was created by Freedback.
Gagal Cari Tudung Yang Sesuai?
koleksi tudung bawal online paling menarik di Malaysia
Tudung Ekin?
koleksi tudung ekin paling sensasi
The Best Collection of Tudung for Modern Muslimah
the only tudung store that gives you the best beautiful hijab