Welcome to my tiny blog~ have some time to look around and please feel free to leave your comments...!

Monday, June 17, 2013

Gedung Tudung Labuh Online Terbesar

Jika suatu waktu dulu pemakaian tudung merupakan tuntutan syariat, hari ini Alhamdulillah kita lihat wanita Islam di Malaysia khususnya sudah ramai yang bertudung dan pemakaiannya bukan sekadar lagi memenuhi tuntutan tersebut, tetapi ia kini menjadi salah satu fesyen untuk wanita. Kita dapat lihat banyak gedung perniagaan tudung muncul di mana-mana bahkan kini wanita Islam mampu untuk membeli-belah tudung kegemaran mereka secara online. Saya merasakan senario ini sangat baik kerana secara tidak langsung ia menggalakkan muslimah kita untuk sentiasa memelihara tuntutan menutup aurat.

Adakah ini satu petanda yang baik? Ada pendapat yang mengatakan ini adalah sesuatu yang baik; tidak sukakah kita melihat wanita Islam kita kelihatan manis bertudung sekaligus memelihara tuntutan menutup aurat? Islam adalah ugama yang mudah malahan islam adalah agama di sisi Allah. Wanita solehah itu tugasnya memelihara kesopanan dan tatasusilanya sebagai seorang mukminah. Harus juga saya ingatkan bahawa tuntutan menutup aurat dan memeliharanya daripada pandangan orang asing bukan sekadar tugas seorang wanita; lelaki juga wajib menutup aurat dan wajib juga bagi seorang lelaki untuk memelihara martabat wanita. Islam adalah agama yang pertama diturunkan untuk menentang diskriminasi terhadap golongan wanita dan tanggungjawab melindungi dan memelihara kesucian muslimah wanita diletakkan di bahu lelaki. Dengan kata lain, andai kata seorang muslim lelaki melihat seorang wanita muslimah terbuka auratnya, wajiblah ke atasnya memelihara pandangannya dan sedaya upaya pula melindungi wanita tersebut daripada kelihatan kepada pandangan umum. Sebagai contoh, jika terbuka aurat wanita muslimah yang dalam keadaan sakit tidak sedarkan diri, lelaki wajib menutupi aurat wanita tersebut dari pandangan umum.

Dalam keghairahan kita berfesyen dalam bertudung, saya menyeru agar kita tidak berlebih-lebihan dan tidak pula melampaui batas. Nisbah terbaik dalam memilih tudung, pada pendapat saya, ialah 80% syariah dan selebihnya fesyen. Peratusan yang saya berikan itu bukan bermaksud hanya memilih untuk memenuhi 80% daripada tuntutan syariat, tetapi lebih bermaksud sebagai garis panduan apabila saudari hendak membeli satu-satu jenis tudung. Utamakanlah tudung yang menepati kehendak syariat yakni tujuan asal bertudung atau berhijab; menutup aurat. Fesyen dan gaya adalah faktor kedua dalam memilih tudung; jika ada fesyen yang berkenan, pilihlah tudung tersebut, tetapi jika tiada, jangan jadikan ia sebagai alasan untuk memilih tudung yang tidak memenuhi tuntutan syariat.

Sekiranya tudung yang saudari lihat tidak mampu menutupi sebahagian daripada aurat saudari, malahan tidak sampai menutup bahagian dada yakni bahagian yang secara umumnya ‘seksi’ dan mampu menggiurkan lelaki, haruslah saudari ketepikan daripada pilihan. Jenis kain juga penting dalam pemilihan tudung; carilah yang bersesuaian dengan cuaca dan tidak sampai merimaskan atau menyebabkan rasa tidak selesa kepada saudari.  Jika saudari lebih banyak menghabiskan masa di pejabat berhawa dingin, dan jarang keluar dari pejabat, maka mungkin saudari boleh memilih tudung yang agak tebal sedikit. Pilihlah tudung yang nipis sedikit tetapi tidak jarang (transparent) sampai memperlihatkan bentuk tubuh sekiranya saudari lebih banyak menghabiskan masa di luar.

Di mana agaknya tempat yang sesuai untuk saya membeli tudung labuh berfesyen secara online?

Inspirasi Hana merupakan salah sebuah gedung tudung labuh online yang menawarkan koleksi pilihan tudung labuh. Ada pelbagai jenis tudung yang disediakan di laman web inspirasi hana; antaranya tudung chiffon mawwadah, lycra pelangi, denim viscose kirana, tudung labuh denim ameera, dan bermacam jenis tudung lagi. Tudung yang disediakan di gedung inspirasi hana ini datang dalam berbagai bentuk dan saiz; jadi ia sesuai untuk wanita muslimah dewasa dan juga kanak-kanak.

Inspirasi Hana telah berada online agak lama, dan selain menawarkan pembelian tudung online, Inspirasi Hana juga mempunyai butik di Greentown, Ipoh, Perak. Laman web inspirasi hana menyediakan panduan bagaimana untuk membeli tudung di Inspirasi Hana dan turut menyenaraikan pilihan warna tudung. Bagaimana membeli tudung di Inspirasi Hana? Alhamdulillah, gedung tudung online ini menyediakan kemudahan membeli melalui pemindahan amaun bank (bank transfer) ke dalam akaun inspirasi hana dan juga melalui PayPal bagi sesiapa yang punya kad kredit. Inspirasi Hana akan menghantar pembelian anda menggunakan courier dalam jangkamasa 24 jam waktu bekerja selepas pembelian disahkan manakala 3 hari bekerja untuk pembelian daripada Sabah dan Sarawak.

Inspirasi Hana diperkenalkan dalam rancangan Salam Muslim bersama pengacara manis Catriona Ross di Astro Oasis pada 17 Jun 2013 jam 7.30 malam.

No comments:

Post a Comment

Tudung Online Survey

The form below is optional for you to fill up as it is a survey we conduct in order to let us know what are your wants and needs. Please feel free to join the tudung survey.
Nickname:
Which celebrity looks more gorgeous with tudung? Wardina
Ekin
Fareeda
Erra
Waheeda
Diana Danielle
Fatin Liyana
Ayu Raudhah
Fouziah Gous
Ainan Tasneem
Nora Danish
Which Tudung Catalogue you like to have? Tudung Bawal
Tudung Ekin
Tudung Ariani
Tudung Dubai
Tudung Labuh
Selendang Pashmina
Tudung Radiusite
Your tudung size
Tell us what kind of tudung you prefer to wear
Your phone no (optional):
Email Address:

This contact form was created by Freedback.
Gagal Cari Tudung Yang Sesuai?
koleksi tudung bawal online paling menarik di Malaysia
Tudung Ekin?
koleksi tudung ekin paling sensasi
The Best Collection of Tudung for Modern Muslimah
the only tudung store that gives you the best beautiful hijab